Date: 16 Feb 2013 (Saturday)
Venue: Magasa's Hse - Chai Leng Park
ALK members gathered @ Magasa's house on exciting Sarturday morning to make Muruku. This is just a trial run to see how good we can make muruku together. G7 Boleh!
AGENDA
|
PERKARA
|
1.
”E-Commerce – Online Shopping” portal –
tempoh telah tamat
|
Mesyuarat yang
dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli
lembaga koperasi.
1.1.
Lembaga Koperasi telah memutuskan untuk tidak memperbaharui laman
web”AllCanShop.Com” sehingga notis selanjutnya. Keputusan
dibuat setelah sambutan website tidak begitu memuaskan dan barang jualan
tidak dapat dibekal dengan sempurna oleh agensi –agensi yang diberi
tanggungjawab.
|
2. Penutupan Akaun KOPMUDA Tahun 2012
|
2.1. Penyata
kewangan bagi bulan Julai 2012 telah ditutup dan dihantar untuk tujuan
audit ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2.2.
Rugi terkumpul koperasi bagi tahun 2012 (RM 735.18).
2.3. Fee
audit SKM dianggarkan dalam lingkukangn RM200. Rugi terkumpul Koperasi
termasuk fee audit SKM.
|
3. AGM KOPMUDA (Mesyuarat
Agung Tahunan)
|
3.1. Cadangan tempat AGM
untuk tahun 2012.
3.3. Tarikh tentative AGM
3.2. ALK Encik Siva dilantik untuk mendapatkan
sebutharga untuk tempat yang disyorkan seperti diatas.
|
4. Projek“Papadam”
II
|
4.1. Ahli Lembaga telah
mencadangkan untuk melabur semula sebanyak RM 500 untuk bisnes ”papadam II ” yang akan diimport dari India. Perniagaan
papadam dilanjutkan ke tahun ini susulan sambutan yang bagus sebelum ini,
yang mana untung penjualan hampir 100%. ”Papadam” yang diimport akan di
bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau luar. Jikakalau
sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di kedai ”Cash and Carry” di Pulau Pinang serta
Sebarang Perai.
|
5. Perancangan
Projek Jangkamasa Pendek - Projek “Muruku
|
5.1. Ahli Lembaga telah
mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM 100 untuk memulakan bisnes ”Home
Made - Muruku”.
5.2. Semua ALK telah
bercadang untuk membuat Muruku untuk percubaan ( Pasa 1 ) pada hari 16 Feb 2013 (Sabtu) di rumah Puan
Magasawary (Chai Leng Park). Home made muruku ini akan diteruskan jikalau
sambutan yang baik dikalanagan anggota koperasi atau luar.
|
6. Pelaburan REIT
2013
|
6.1. Ahli Lembaga telah
bersetuju untuk melabur didalam REIT (Real Estate Investment Trust). KOPMUDA telah bercadang untuk membeli sebanyak 4 lot unit REIT, di Bursa Malaysia. Syarikat REIT Sunway Corporation ( Sunway
REIT ) dicadangkan , kerana rekod pulang dividen yang berpatutan and kosistan
dilakukan oleh syarikat itu.
6.2. Pengerusi KOPMUDA (Encik Saravanan) ditugaskan untuk mengetahui butiran lanjut dan cara serta penyediaan kertas kerja untuk
pemohonan pelaburan REIT dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
|
7. Lain-Lain
|
7.1. Akaun Facebook
·
Puan
Magasawary ditugaskan untuk mewujudkan akaun facebook untuk Kopmuda. Tujuan akaun ini adalah untuk menyampaikan
berita berita terkini tentang aktiviti Koperasi kepada ahli sahaja.
·
Gmail Akaun: kopmuda.spb@gmail.com
7.2. Gerai di Pesta
St Anne
·
Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk membuka
sebuah gerai di pesta St Anne pada bulan July 2013.
·
Encik Saravanan ditugaskan untuk mendapatkan
butir-butir mengenai sewa gerai di pesta St Anne dan cara untuk mendapatkan
gerai itu.
·
Details akan
dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang
7.3. Elaun Elaun
untuk ahli ALK
·
Ahli lembaga telah bercadang and memutuskan
untuk memberi elaun toll Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM 7 kepada ahli
lembaga yang hadir untuk mesyuarat lembaga dari Pulau Pinang (Island).
·
Lembaga Koperasi telah memutuskan untuk
mengadakan semua mesyuarat lembaga di Seberang Perai sahaja.
|
AGENDA
|
PERKARA
|
1)
Perancangan
Projek Jangkamasa Pendek
1.
E-Commerce –
Online Shopping
2.
Projek“Papadam”
|
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga
koperasi.
1.1.
Seperti yang dicadangkan dalam
mesyuarat Lembaga Koperasi 5/2011, laman web ”AllCanShop.Com” telah siap
dibina. Untuk jualan permulaan, laman
web ini terdiri 4 jenis produk kategori utama iaitu:
1.1.1.
Salwar Khameez ( Baju Punjabi )
1.1.2.
Tualang Black Honey ( Madu
Tualang )
1.1.3.
Household Products (
Barangan Harian Rumah )
1.1.4.
Used Items ( Barang Guna )
1.2.
Produk-produk ini boleh dibeli secara online sama ada menggunakan
perkhidmatan paypal online atau Deposit Tunai.
1.3.
Dua (2) akaun e-mel akan
diwujudkan untuk jualan dan pentadbiran (administration). Semua pertanyaan
akan dikendalikan oleh admin.
1.4.
Semua transaksi pembayaran akan dihantar melalui e-mel ke alamat e-mel
kopmuda (kopmuda.spb@gmail.com )
1.5.
Setiap ahli Jawatankuasa akan ditugaskan setiap bulan untuk mentadbir
akaun jualan e-mel.
1.6.
Semua ahli jawatankuasa diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 maklumat
barangan yang telah digunakan (used item) untuk di jual dalam laman web.
1.7.
Online laman web ini akan dimulakan pada 1hb Jun 2012.
2.1. Ahli Lembaga telah
mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM1000 untuk memulakan bisnes ”papadam” yang akan diimport dari India. ”Papadam”
yang diimport akan di bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau
luar. Jikakalau sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di
kedai ”Cash and Carry” di Pulau Pinang
serta Sebarang Perai.
|
2) Simpanan Rezab
|
2.1.
Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM3000 (Ringgit
Malaysia Tiga Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab
koperasi.
2.2.
Sijil Simpanan akan di-bahagikan kepada 3 keping ( RM1000 sekeping ).
Tarikh Matang di-tetapkan selama 6 bulam untuk mendapat dividen sebanyak 3.1%
se-tahun.
|
3.
Perkhidmatan
“Cuti-Cuti KOPMUDA”
|
3.1.
KOPMUDA dalam perancangan
untuk menganjurkan 2 hari 1 malam bercuti ke Cameron Highlands pada 9 dan 10 June
2012 (semasa cuti sekolah pada Sabtu / Ahad).
Objektif projek ini adalah untuk membuat keuntungan untuk KOPMUDA dan
juga acara ini akan menjadi masa yang berkumpul untuk membina semangat
berpasukan. Perancanagan ini telah
dipersetujui oleh semua ahli lembaga.
|
AGENDA
|
PERKARA
|
1) Perancangan Projek Jangkamasa Pendek
1. E-Commerce – Online Shopping
2. Projek “Papadam”
|
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Saravanan mengalu-alukan kedatangan semua ahli lembaga koperasi.
1.1. Seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011, ahli lembaga telah mencadangkan nama untuk portal iaitu ”AllCanShop.Com” dan telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga.
1.2. Online portal ini akan dimulakan pada awal tahun 2012.
2.1. Ahli Lembaga telah mencadangkan untuk melaburkan sebanyak RM1000 untuk memulakan bisnes ”papadam” yang akan diimport dari India. ”Papadam” yang diimport akan di bungkus semula dan di-jual kepada anggota koperasi atau luar. Jikakalau sambutan baik, koperasi akan pertimbang untuk dipasarkan di kedai ”Cash and Carry” di Pulau Pinang serta Sebarang Perai.
|
2) Simpanan Rezab
|
2.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk menyimpan sebanyak RM2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) dalam Simpanan Tetap di Public Bank sebagai wang rezab koperasi.
2.2. Akaun ini akan dibuka dalam bulan awal tahun 2012 selepas mendapatkan tandatangan daripada semua ahli lembaga.
|
3. Pelaburan Emas
|
3.1. Seperti dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Koperasi 4/2011, Pengerusi telah berbincang dengan SKM negeri tentang garis panduan untuk belian aset ini.
3.2. Dalam perbincangkan itu, pihak SKM memerlukan kertas kerja untuk sebarang pelaburan emas atau lain. Justeru, Ahli Lembaga akan mengemukan kertas kerja untuk pelaburan emas kepada pihak SKM. Emas yang selamat untuk pelaburan adalah daripada Maybank “ Duit Kijang Emas “ yang mana ketulenanya di-jamin kerajaan. Kertas kerja ini akan di-kemukakan ke SKM pada awal tahun 2012.
|
4. “Charity event” atau Progam Kebajikan
|
4.1. Ahli Lembaga telah bersetuju untuk membuat Derma/bantuan makanan dan pakaian kepada warga emas/anak yatim piatu sempena penyambutan Hari Deepavali yang akan diadakan pada 29 November 2011 (Ahad) di “Jerseh Home” Kulim, Kedah.
4.2. Semua ahli lembaga koperasi bersama dengan keluarga mereka digalakkan untuk menghulurkan bantuan berupakan derma kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan diri masing-masing.
4.3. Ahli lembaga juga bersetuju tidak akan mengunakan wang Koperasi untuk tujuan ini, tetapi satu kutipan asing akan di-buat untuk tujuan kebajikan.
|